07 Januari 2010

Tembok6

telah kulepasi seribu tembok
untuk menghampirimu
untuk memiliki rindumu
untuk merangkol kasihmu
namun
sayangku
kau pergi jua
ke sebalik tembok-tembok
yang masih belum kulepasi

aku akan terus
melangkahi tembok-tembok itu

fauzirashid
7.1.10

4 ulasan:

  1. langkahmu harus sekebal tembok itu
    sekeras itu ingin rasamu
    tegar terus melangkah lalu
    niat melayang mahu ke depan
    melepasi tembok memeluk hajat
    berbalas seribu rasa penat

    BalasPadam
  2. begitu waja semangatmu..
    sanggup kau jejaki bayangan rindu
    yang mengulitmu....

    emmm..siapa kah dia yg bertuah tu..?

    BalasPadam
  3. susuli dia
    ke mana sahaja
    cahaya cinta
    pasti terasa
    bisa runtuhkan tembok-tembok yang ada

    rinduilah dia
    pada sebenarnya raga
    rangkullah dia
    dengan kalimah janji
    nescaya dia berhenti berlari.



    p.s: andai sudi, ambil award di blogku.

    BalasPadam
  4. "mengejar tidak mangapa, jangan dikejar"
    maaf, hanya gurauan
    sekeping puisi yg puitis

    BalasPadam