25 Januari 2010

Rintihan

dengan getaran bayu
kau rempuhi samudera luas
lalu kau temui aku
yang setia menunggumu

setelah membasahkan rindu
pada diriku yang dahaga
untuk kesekian kalinya,
lalu kaupun pergi
meninggalkan aku sendiri
dalam sepi

hai ombak yang itu
sampainya hatimu
kembalilah kepadaku
yang terlalu rindu
menunggu dan menunggu
hanya untukmu

fauzirashid
24.1.10

4 ulasan:

  1. hai ombak yang berdeburan di pantai kenangan
    kembalikanlah dia
    nakhoda kapalku
    jangan kau rampas dia daripadaku
    jangan kau buat aku tertunggu-tunggu
    rindu itu melabuhkan sauh ke dasar hatiku
    kekal di situ

    hai ombak yang memecahkan kesunyian pantai impian
    sambutlah tanganku yang menadah lara
    merintih sendu
    pohon bawa bersama
    bawalah aku bersatu prahara
    menuju dia yang aku cinta.

    BalasPadam
  2. emm...sedih bunyinya...
    siapa gerangan si dia tu faziz...
    tidakkah ingin kau khabarkan pada ku..

    BalasPadam
  3. aku suka puisimu kali ini..
    buatkan satu untuk ku...

    BalasPadam
  4. mempelbagaikan bahasa & rutin puisimu,
    dan aku pembaca setia

    BalasPadam