31 Januari 2010

Dua Darjat

kalau kami lapar
kau tak pernah sedar
kerna kau anak bangsawan
tempat kau tinggi di awan

kerna kau anak bangsawan
apa kau tahu jerih kami
kais pagi makan pagi
mengais petang
belum tentu apa yang datang

hanya kerna kau anak bangsawan
niaga kau dengan jutawan
engkau terlalu sedar
modal kau tak perlu bayar

kerna kami anak petani
niaga kami tiada yang perhati
kami terlalu sedar
modal kami sekelumit dinar

hanya kerna kami anak petani
kami masih terpancang di sini
menadah puisi

fauzirashid
31.1.10

4 ulasan:

  1. Salam.. faziz,
    saya suka puisi ini.

    BalasPadam
  2. salam fauzi,

    Puisi adalah antara cara luahan
    dan protes orang macam kita

    atau

    Orang yang suka berpuisi itu
    suka memprotes atau
    meluahkan

    Tetapi, persis puisimu - adakah
    puisi kita ini dibaca orang
    jutawan dan bangsawan?

    BalasPadam
  3. kerana mereka anak bangsawan
    tak kan dengar jerih kita si anak petani
    laung mana pun perih
    di sambut mereka sorak tak berisi
    jerit kita kalaupun pedih luka
    tak guriskan mulus kulit bangsawan mereka

    BalasPadam
  4. "kerana si miskin menjadi makanan si kaya"

    BalasPadam