18 Januari 2010

Di Pantai Rindu

di pantai rindu
ombak menghakis jejak kasih
yang dilalui sang gadis
cintanya pun terguris
lukanya menghiris
disenja yang gerimis
diapun menangis

fauzirashid
pantai feringgi,penang
22.12.09

7 ulasan:

  1. senja gerimis
    tiada jingga di kaki langit
    tiada rasa di dada rindu
    kelu dan kelabu
    langit sana
    biru sudah hilang di mata
    mengundang berat
    rembulan perak

    terusik hati mendengar suara rintih si burung tukang
    mematuk-matuk membuat sarang
    di pohon yang rendang
    sedari siang ke malam
    tanpa henti
    tekun tabah
    walau terkadang
    parah berdarah

    begitulah aku
    mungkin sama takdirnya
    dengan gadis yang diceritakanmu
    terhiris luka
    kehilangan cinta
    bagai dunia menghampiri penghujungnya

    hairan juga
    kala cinta baru datang mengakrabi
    sang gadis menjauhi
    penuh sangsi
    akan terbukakah hati?

    BalasPadam
  2. salam fauzi,

    Saya suka sajak ini. Bersahaja, tetapi penuh
    makna dan kata-katanya menarik. Cuma yang
    agak mengganggu ialah perkataan jejak kasih.
    Teringat kepada program TV3 Jejak Kasih.

    Ke guane :)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Salam puisi...
    Puisi yang membekas...
    Ombak, pantai, senja dan rindu...tidak dapat dipisahkan..dalam mengungkap erti cinta..

    BalasPadam
  5. angin tersipu-sipu malu
    peluit bot nyaring
    mentari pun rebah di garis laut

    semalamku yang telah hilang
    tidak kunanti lagi..

    BalasPadam
  6. bagai tau riak dan lagu,
    mengalun merdu mendayu pilu
    siapakah si gadis itu?
    tidakkah kau dapat membantu?
    menabur rindu di angin lalu..

    BalasPadam