Keluarga Seniman
(buat sebuah keluaga seniman yang kutemui di National Museum of Modern Art di Ueno Park)
sisuami bertungkus lumus memahat
galur-galur fikiran
membentuk liku-liku pada sebonggol batu
sewaktu mencantumkan ketulan-ketulan
peluh tumbuh
asap rokok menjadi awan di langit
lalu dia berdiri mengelilingi
memerhati fikiran sendiri
setelah benar-benar puas dia menghembus nafas
dan menamakannya ‘Opera’
siisteri pun bertungkus lumus mengukir
galur-galur perasaan
membentuk garis-garis pada rekahan kayu
sewaktu mencantumkan dahan-dahan
peluh tumbuh
di kepalanya ada sebakul ikebana
lalu dia berdiri mengelilingi
memerhati perasaan sendiri
setelah benar-benar puas dia menarik nafas
dan menamakannya ‘Disease’
sewaktu di katil
bersama di selimut kecil
suami megembangkan jari-jari
merangkul awan biru
isteri membuka dada
di situ menguntum berjuta ikebana
lipas kulihat merangkak ke ruang
cuba mentafsirkan gerak-gerak bayang
fr
tokyo
31.8.87
30 April 2009
29 April 2009
26 April 2009
Puisi2
Giliran
setiap saat umpamanya
kita bergilir-gilir memasuki
gerabak yang akan pergi membawa
entah ke mana tanpa hujung landasan itu
jika sampai umpamanya
giliran engkau untuk melangkah
engkau tidak sempat lagi berundur dan menengadah
kerana pintu akan ditutup roda akan meraung
dan kau akan dibawa oleh gerabak
meninggalkan berjuta degup murung
adalah lebih baik di sini umpamanya
kau sentiasa memastikan
berdiri di baris yang lurus
sambil menunggu giliran memerhatikan sepatu
menggilapnya dari serpihan debu
fauzi
16.9.87
subway tokyo

25 April 2009
Puisi1
Balai
i
dengan setiakawan yang luhur pakatan dicerna
berbekal genggam tangan nan erat gerak dilagang
ke segenap desa berkeringat mengatur rencana mulia
sebentar sebuah balai kan dibina
mercu tanda dua sahabat
dari sini kebatilan kan segera dinyah buang
adudomba dan hasad dengki akan disorong ke gaung
debu-debu dendam dijalanan kan dikikis habis
kita warisan muda terbilang lengkap dengan bekal didada
di sini belon-belon akan dinaikkan menerjah awan
dari sinilah mulanya
gerak tindak melakar desa mengisinya dengan rumah-rumah dan lampu jalan
terang benderang sepanjang zaman
maka
warga desa menangkap kerlibat roh dua sahabat
melambaklah pemberian dan kerelaan
tertanamlah harapan menggunung warga desa
kita bakal menjadi desa terbilang
dari gerak kerja pemuda perkasa
sebuah balaipun dibina dari
batu bata persetiaan
dari bancuhan pekat keringat
dari kayu jati diri
dari kepingan atap pelindung kebenaran hakiki
dua sahabatpun mula menyingsing lengan
menolak semak belukar faham ketepi
balai akan terbina sebentar lagi
ah…
ii
dalang yang lewat di jalanan
dengan roda-roda yang ligat menjadi gentar
ah… tersingkirlah aku..kalau begini gerak laku
pemuda perkasa
mencari fikir
menerbangkan serpihan debu waham
antara pembahagian dua kamar dan letak pintu
ada lobang untuk diterjah
agenda dua sahabat tiba-tiba menjadi gawat
dengan rakus papan tanda seorang sahabat
berdiri tegak
iii
aku melihat musang menyeringaikan gigi
syaitan melakar rencana menolak iman dan pedoman
aku melihat ketulan batu api dilambak begitu banyak di tepi balai
semak samun berduri dan berbulu rakus kembali tumbuh
tak siapa memperdulikannya lagi
kebenaran disanggah
kebatilan memperkasa
dihati dua sahabat
adudomba kembali menjadi raja
dendam bagai ombak menghempas senja
langit menjadi parah laut mengalir darah
balai umpama batu nesan yang belum selesai
kelkatu malam singgah menabur benih
sebentar anai-anai kan menggigit susunan batu-batu
menggigit kayu jati diri
kepingan atap keletihan menahan pancaran terik mentari,
tusukan lebat hujan dan dentuman guruh
iv
ah…
sebentar balai kan gugur
diusung ribuan para semut ke kubur
syaitan kan kembali menjadi raja
menumpaskan semua pemuda perkasa
yang tersalah dan tersesat
dari persetiaan dua sahabat.
fr
lekir
14 nov 2001

07 April 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
pelangi kembali melengkung dilangit mendung pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis ada laungan keramat bersama beburung ya...
-
kau terus membiarkan tanda soalmu melengkong dihujung gerabak pertanyaan diri sedang di bawahnya sengaja kau letak sebutir batumu yang berat...