07 Disember 2009

Buat Hakim Kami

pasakkan tulang belulangmu
dengan besi waja berwajah diri
genggam hukum biar menjadi bara
biar istana keamanan itu utuh berdiri
pasti !
riwayatmu meninggalkan nama yang gemilang

tapi

kalau kau hanya menjadi balaci pak menteri
bermain wayang dengan hukum sendiri
kau biarkan istana keamanan kami diruntuhkan
alamat hancurlah negeri
pasti !
riwayatmu diludah sejarah yang mendatang

fauzirashid
(berhakimlah dengan hukum)
7.12.09

6 ulasan:

  1. salam Fauzi,

    Yup, berhakimlah nanti
    di hadapan Hakim
    sebenarnya
    di sana

    BalasPadam
  2. huhuh..

    betoi2!

    jgn jd pak turut saje..

    kajile sebaeknyew...

    BalasPadam
  3. Salam Faziz Ar,

    "tegas sekali !".

    BalasPadam
  4. Fauzi..

    Salam.

    Harap mereka yang muslim itu
    tidak ada tuhan yang lain

    BalasPadam
  5. Rasanya dalam kalangan meraka yang bertopeng muslim itu tiada tuhan lagi kerana terlalu liberal dan mahu ber'satu' dalam semua hal tanpa endah hukum.

    BalasPadam
  6. ahhh kalau Tuhan sudah dicampak ke belakang.
    maka inilah jadinya.
    kasihan manusia zaman ini.

    salam ziarah dari saya

    BalasPadam