17 November 2009

Pelarian Itu

ketika senja menibarkan geram
pada malam yang mahu merangkul waktu
ke dadanya yang berbulu
matanya merah menyala
dan tangan malam terus merentap pasir-pasir ke penjuru

laut membawa anaknya ke tebing
ketakutan...
terjadilah pelarian

pelarian satu, dua dan tiga
dan pelarian seterusnya
terjadi tanpa henti

fauzirashid
23.4.86

2 ulasan:

  1. salam,
    hari-hari bagaikan berlari...
    tanpa henti..

    syabas!!!
    teruskan berkarya..

    BalasPadam
  2. selamat hari raya aidil adha...
    'aku mencarimu di celah celah keramaian'

    BalasPadam