23 Oktober 2009

Si Bacul Itu

umpama panglima gagah perkasa
dia muncul tetiba menghunus keris pusaka
hidup bangsa! hidup bangsa! hidup bangsa!
dewan pun bergema
sahut menyahut pekikkan bersiponggang
menjadi bunyi puisi ngeri dalam geragap semangat remang tengkuk
sokong menyokong meninju langit kosong
dalam genggam padat bersemangat

aneh sungguh !
bila musuh menyepi diri
gerun dengan keris pusaka yang dihunus membenam dada
tetiba dia yang menghunus bengis
menyembah ampun memohon maaf
lagak umpama sibacul tua
dalam rentak langkah silat yang tempang
lalu kembali menyarung keris pusaka
tak berani lagi berbicara

fauzirashid
22.10.09

8 ulasan:

  1. Salam faziz..

    Itulah yang dijulang orang-orang yang buta hati dan minda.

    'lebih cakap dari tindak'
    'lebih arang dari api'

    BalasPadam
  2. say suka sangat puisi ini Pak.. sedap untuk di deklamasikan. Tahniah.

    BalasPadam
  3. salam setiakasih & Faizal
    terima kasih atas kunjungan
    semuga kita terus berbicara
    dan diklamasikan puisi kita
    semuga semangat kita utuh..

    BalasPadam
  4. bacul itu macam apa ek??
    yg aku tau bacul itu ckap je lebih.buat nye tidak..berani kalau beramai, takut kalu berseormg....iya kan??

    BalasPadam
  5. Salam Faziz Ar,

    "saya kira saya dapat menangkap siapa yang dimaksudkan dalam puisi kali ini".

    BalasPadam
  6. terima kasih sudi melawat lalat ker beraksi..
    lalat beraksi bak sajak berkata2

    BalasPadam
  7. salam,

    buatpelah nak masuk balik... patut masa nilah nak bercakap lebih lantang lg..

    BalasPadam