31 Oktober 2009

Giliran

(ketika aku menziarah kematian isteri sahabatku Mior
kulihat ramai sanak saudaranya sampai dan berpelukan
dengan wajah murung, kusaksikan ada yang menangis dan
ada yang memujuk dan ini menyentuh hatiku dan serentak
teringat aku akan puisiku ini yang pernah kutulis dulu..)

setiap saat umpamanya
kita bergilir-gilir memasuki
gerabak yang akan pergi membawa
entah ke mana tanpa hujung landasan itu

jika sampai umpamanya
giliran engkau untuk melangkah
engkau tidak sempat lagi berundur dan menengadah
kerana pintu akan ditutup roda akan meraung
dan kau akan dibawa oleh gerabak
meninggalkan berjuta degup murung

adalah lebih baik di sini umpamanya
kau sentiasa memastikan
berdiri di baris yang lurus
sambil menunggu giliran memerhatikan sepatu
menggilapnya dari serpihan debu

fauzirashid
16.9.87
subway tokyo

8 ulasan:

  1. ye jadi bersedialah dengan kelengkapan yg wajar dan lengkap..

    semoga giliran kita menjadi giliran yang terbaik sebelum meninggalkan degupan di dunia..

    BalasPadam
  2. kupeluk dia
    kupeluk mereka
    kupeluk semua jiwa
    namun ruhmu telah tiada
    terlepas susup dari pelukanku jua

    pergilah kamu ke alam baqa'
    ke alam kamu berjumpa sang Pencipta
    alam abadi untuk kita
    tunggulah daku di sana
    pasti ku ikut serta
    kan ku nanti penuh setia
    moga bersedia
    lengkap amal
    kunanti
    giliran

    -redha.

    innalillahi wainnailaihirojiun

    BalasPadam
  3. Salam Faziz Ar,

    "puisi yang bagus".

    BalasPadam
  4. kematian selalu meninggalkan sedih bagi yang ditinggalakan.
    :(
    Mari berbenah, sebelum kematian menjemput!

    BalasPadam
  5. sajak tentang kematian sentiasa buat aku menangis...:-)

    re: ya...aku juga percaya bulan kesunyian...tapi tetap berseri...kalau aku boleh tabah begitu...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama3/11/09 2:05 PG

    aku suka falsafah dlm sajak ini.

    BalasPadam
  7. aku suka falsafah dlm sajak ini.

    BalasPadam