25 Oktober 2009

Gempa

gempa adalah petaka adalah petanda
murka tuhan pada kesyirikkan. keingkaran tangan-tangan
manusia rakus. tersimpang dari jalan lurus

adalah petaka dari leka hambanya kita
mendabik dada atas bongkah-bongkah isme kaum
menindas. mencantas
menginjak. menghentak
lantai kemanusiaan fitrah tuhan

maka gempa itu adalah segaris peringatan!
jannah pada manusia sufi
nar pada kau yang ingkar

fauzirashid
(mengenang korban gempa di Padang. Alfatihah untuk mereka yang 'pergi'. Semuga roh dicucuri rahmat Ilahi. Amin)
25.10.09

6 ulasan:

  1. salam...

    gempa
    gempar
    gelodak
    gemericik
    gelepar
    gelopor
    gelora
    gelojoh
    gegar

    semuanya peringatan
    Tuhan kepada hambaNya
    yang lupa lagi melupakanNya.

    BalasPadam
  2. ah mengarutlah kau fauzi... gempa itu adalah proses semulajadi alam. yg syirik atau x syirik semua x terkecuali drpd gempa tu. tuhan menjalankan takdirnya tanpa memilih bulu.. mengapa begitu hanya dia yang tahu.

    BalasPadam
  3. ribut merintih
    badai membantai
    bunga menganga

    separuh langit ditongkat kurnia
    separuh lagi ditongkat bencana

    daun mandi hujan
    tanah mandi darah
    batu mandi angin

    Allah mandi Allah

    semua sempurna.

    BalasPadam
  4. hoy. saya balik berkunjung. salam.

    BalasPadam
  5. Alfatihah untuk saudara2 kita yg pergi dulu.

    BalasPadam
  6. kat kl rasa skit je gempa ni,,..

    harap2 bukan la satu petandan atau malapetaka..

    BalasPadam