27 Oktober 2009

Baju Bulu

telah sampai waktu
untukku menyarung
baju bulu
kelabunya menjala mata
dalam gerabak yang bergerak

kukepal tangan
menyeluk kekocik
nanti sampai waktu
kubebaskan jari
menjangkau sebiji bulan petang
dimendung langit

kumengerti sudah
baju buluku
kian kelabu
dalam gerabak yang bergerak
meredah salju

fauzirashid
(coretan kesejukan di jepun)
1987

4 ulasan:

  1. Kenangan itu sungguh indah aku rasa... ingin juga ke sana.. :)

    BalasPadam
  2. baju bulu membuka memory untuk menyadari sebuah perjalan. Terrangkum menjadi kenangan. Semoga mampu menjadi pencerahan.

    BalasPadam
  3. ni kes nk g eropah la ni???
    kann...hahaha

    BalasPadam
  4. saya suka yang ini. buat saya tenang. sungguh.

    eh eh, ditulis 1987? saya lahir tahun itu. =)

    BalasPadam