03 Ogos 2009

Lamaran

izinkan aku
menyarung kuntuman rindu
ke jejari halus kasihmu

agar bertautan dua jiwa
pada daunan waktu
kau dan aku

fauzirashid
3.8.09

5 ulasan:

  1. izinkan aku mengungkap
    nada rindu
    dalam bait-bait puisiku
    untuk kamu
    dan hanya kamu
    yang aku rindu
    dan ingin selalu.

    BalasPadam
  2. arghh aku tak reti nk komen dlm bahasa puisi.cilakak

    BalasPadam
  3. Berdoa
    moga tautan dua jiwa
    kekal ke hujung nyawa
    dua nesan dan merah tanah
    jadi pemisah

    :)

    puisi ini untuk isteri saudarakah?

    BalasPadam
  4. alunan rindu bertiup dari selat tebrau
    membawa pesanan yang panjang...
    bahawa aku sedia menunggu untuk kau
    menyarung kuntuman rindumu pada jejari
    kasihku...walau di balik awan mendung nan kelabu akanku tunggu tautan dua jiwa
    menjadi satu pada daunan waktu ...

    BalasPadam