10 Ogos 2009

Kepada Kau

hampir setiap hari aku kini sibuk
dengan kerja-kerja melarik sepasang batu
untuk kujadikan batu nisan
dengan ukiran warisan
menjadi kenang-kenangan waktu depan

pada mukanya
siap kularik namamu
dan tarikh kelahiran
cuma yang masih belum kubereskan
tarikh kematianmu yang kutunggu

ayuh saudaraku
buatlah tempahan awal
batu nesanmu dari batuan tempatan
pada hujung nyawamu nanti
ada waris yang akan membayar
harga sepasang batu nisanmu yang kuukir
dengan rapi dan tradisi


fauzirashid
10.8.09

2 ulasan:

  1. Salam fauzim8. Ingatkan tak ada blog :)

    Bait-bait yang benar, selaras
    dengan ujar Nabi

    Cukuplah mati sebagai
    peringatan

    Seperti patah sajak saya,
    Meski sekali, mati itu
    mesti

    Bagaimana dengan jiwa yang
    terkorban terkubur tanpa
    nisan

    BalasPadam
  2. Salam Faziz ar,

    "mengingati mati, suatu kebijaksanaan".

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih