23 Ogos 2009

Di Maktabmu Ramadhan

telah aku mendaftar
menjadi pelajar
menghuni sebuah kamar
maktab ramadhan

kusambung kuliah
kubelek nota-nota
selembar demi selembar kukutip keyakinan
menghafal arah tuju

semuga
aku mendapat CGPA tertinggi
menemukan aku
satu malam
dengan kilatan mutiara barakah
ijazah pada semua ijazah...

fauzirashid
kolej ke2
Maktab Ramadhan
1430H

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam sahabat,

    Wah, patahmu ini
    sungguh kena dan
    bermakna

    Akupun sudah sign-up
    masuk kursus, Ramadhan
    namanya

    BalasPadam
  3. O aku x masuk maktab sbb yg aku kejar bukan ijazah, heh:) Kilatan mutiara pun jgn dikejar sgt. Bak kata arwah Loloq dlm lagu M. Nasir;

    Pak tua termenung sendiri
    mengenangkan nasib diri
    walaupun puas mencari
    tapi belum ketemui

    Cik Buyong riang selalu
    damai dan senang hati
    walau pun tidak mencari
    tapi dia ketemui

    dia ketemui apa dicari
    dia ketemui oh yang abadi...

    BalasPadam
  4. Salam saudara,

    Puisi saudara menarik hati saya,
    Teringat pulak pesan seseorang;
    Barakah tu ertinya mengambil yg banyak dari yg sedikit...Wallahualam.

    BalasPadam