19 Julai 2009

Puisi Untuk Beng Hock

ribuan lilin untukmu beng hock
sekadar itu kau pergi membawa misteri
sebuah kematian

api lilinmu terus membakar
menerangi pekat malam
setiap ingatan dan tangisan kematianmu itu
ada anjing-anjing suruhan menyalak dan menggigit
kukira mahu mematikan api kematianmu itu

kata mereka
"semua perlu tenang. biar dubuk
memeriksa tubuh beng bock
tak perlu suruhanjaya. cukup pasukan dubuk
nanti apa jadinya kau perlu akur saja"

namun kematianmu beng hock
bukan penghujung sebuah perjalanan
tapi selekoh sebuah perubahan

lilin beng hock terus menyala
anjing dan dubuk mengharuk
menutup jasad kebenaran
dengan kapan kepalsuan

fauzirashid
18.7.09

3 ulasan:

  1. siasat! mari kita menuntut penyiasatan telus dari kerajaan dan independent... wujudkan badan penyiasatan bebas!jangan biarkan rakyat malaysia hidup dalam ketakutan!

    BalasPadam
  2. Salam Faziz ar,

    "puisi yang berani atas kritik sosialnya ..."

    BalasPadam
  3. siapa? ups. nampak sangat cetek ilmu. hee :P

    tidak salahkan bertanya?

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih