18 Mei 2009

Cerita Kita Berdua

dan…
ketika kau bersimpuh di kamar kecil itu
akupun menggengam tangan ayah
dengan keinginan dan pasrah
oh... terlalu indah

kubina seluruh kekuatan
mencanai harapan
pada jari manismu itu
kusarungkan perasaan
terlalu dalam untuk kau mengertikan
kan...?

dan...
dikala saat itu
kaulah milikku sayangku
dan akupun
milikmu jua
selamanya...

fauzirashid
(isteriku - buat mengenang hari kita pada 17.5.90)
(17.5.2009)

2 ulasan:

  1. 19 tahun.. sebuah perkahwinan yang sangat matang usia nya.. semoga saudara dan isteri tetap berbahagia hingga ke hujung nafas.. aminnn

    BalasPadam
  2. Salam petang faziz ar,

    SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN untukmu ...

    (biarpun ucapan ini terlewat satu hari saudaraku, Faziz).

    BalasPadam