09 Mei 2009

Puisi9

Bentanglah Kebenaran

i
ayuh hakimku!
bentanglah kebenaran dengan benar
tanpa gusar tanpa gentar

kalau tidak jutaan tanda soal
kan meretakkan rumah kita yang mahal

ii
dan...
kalau engkau berasa
di sudut itu kau tak punya kuasa
katakan saja
jangan cuba melompat tembok
demi tembolok

fr
9.5.09

5 ulasan:

  1. selagi negara,
    diatasnya pendusta,
    selagi itu,
    dibisukan mulutnya.

    BalasPadam
  2. tk atas kunjungan dan tambahan

    BalasPadam
  3. salam..

    terima kasih atas kunjungan saudara.. tegas sekali puisi-puisi di sini.. teruskan berkarya

    BalasPadam
  4. Kerana kebenaran juga yang kan bersinar di penghujungnya.

    BalasPadam
  5. Salam pagi faziz ar,

    satu puisi "kritik sosial" yang bagus.

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih