26 Mei 2009

Mahkamah T, R dan P

mahkamah T pun memutuskan
si N sebagai benar
maka
si Z melompat ke mahkamah R
yang sekelip mata memansuhkan
keputusan mahkamah T

dan seperti dijangka
umpama dalam siri drama sendaloka
mahkamah R pun memihak kepada Z
memperlekehkan keputusan mahkamah T

dan lagi...
Si N terus ke mahkamah P
disandarkan segala kekuatan keadilan
mahkamah P harus punya keputusan muktamad
apakah mahkamah P punya kekuatan?
sama-sama kita perhatikan...

fr
26.5.09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan